Selamat Bermusafir ke Jordan dan Mesir

Assalamualaikum wbt..

Sudah berkurun rasanya saya tidak mengupdate blog ini. Maaf dipohon kpd semua sahabat-sahabat yg tertunggu-tunggu untuk post seterusnya daripada saya. Mungkin kerana kesempitan masa, atau juga kerana kekurangan diri ini dalam menulis post-post menarik. Apapun, insyaALLAH andai dilapangkan masa dan dipermudah Allah segala urusan, saya akan cuba berkongsi sedikit sebanyak apa yg ada.

17 Sept 2010

Sedikit perkongsian berkenaan aktiviti terkini penulis. Jumaat lalu saya berkesempatan untuk ke KLIA bg pertemuan terakhir dgn sahabat-sahabat yg bakal berangkat ke Bumi Jordan dan Mesir bg menyambung pengajian bawah tajaan JPA.

Hari yg agak meletihkan, tetapi amat bermakna. Kami (saya dan Faris Murtadha) tiba di Stesen Bas Sementara di Bukit Jalil sebelum subuh lagi. Sempat melelapkan mata di surau sementara, namun walaupun namanya sementara, tp Alhamdulillah keselesaan pengguna masih diutamakan kerana surau yg nampak dhaif tetap dilengkapi dengan penghawa dingin. Selesai solat subuh, terus bergerak ke Taman Cuepacs, Cheras (tempat penulis tinggal skrg sementara menghabiskan program A-Level di Cempaka International School). Sampai di hadapan pintu, pintu rumah berkunci. Kami pn meletakkan barang sahaja,dan terus mengambil sarapan di kedai berhampiran. Kemudian Faris ambil bas ke Stesen Bandar Tasik Selatan (BTS) kerana ingin ke rumah saudaranya di Salak Tinggi. Saya pun kembali ke apartment untuk mengemas rumah sedikit sebanyak sebelum bersiap2 utk perjalanan ptg itu.

Selesai solat asar, jiran menumpangkan saya ke BTS. Tunggu Faris di sana, kemudian mengambil komuter ke KTM Bangi, sebelum Amir menjemput kami ke rumahnya. Selesai solat maghrib, kami terus ke Kajang, Alhamdulillah, Allah mudahkan urusan utk ke Masjid Jamek Kajang kerana masing2 tidak tahu jalan. Selepas solat Isyak, terus berkumpul bersama Akmal Zulkifli, Shahmi, Ariff Jalal dan Aiman Ismail dan bergerak ke rumah Ariff Jalal.

Beraya di rumah Ariff sekejap, makanan yg dihidangkan cukup sedap. Sempat bersembang dgn abg Ariff, Faiz yg merupakan kenalan di BQ ketika Daurah Ilmiah 2008. Kemudian terus bergerak ke KLIA. Sepanjang perjalanan yg memakan masa hampir sejam, Amir menceritakan serba sedikit suasana dia di UIA PJ, serta sahabat2 kisas yg lain di sana. Alhamdulillah, dari apa yg didengar, mereka memang hebat, hampir kesemuanya memegang amanah penting. Nasihat saya, teruskan apa yg baik dan bersyukur dgn apa yg ada. Ingat, dalam apa jua keadaan selagi Islam cara hidup kita, Allah akan menunjukkan jalan yang terbaik, insyaALLAH.

Teruskan apa yg baik dan bersyukur dgn apa yg ada. Ingat, dalam apa jua keadaan pun, selagi Islam cara hidup kita, Allah akan menunjukkan jalan yang terbaik

Kuala Lumpur International Airport

Tiba di sini buat kali yg kedua selepas 6 tahun yang lalu (ketika mengerjakan umrah sewaktu Darjah 6). Selesai parking, kami mula mencari sahabat-sahabat kisas yg bakal fly malam itu. Naik ke Aras 5, cuma terserempak dengan Khairul Anuar aka Tangok, itu pun ketika hendak menaiki lift. Majoriti sahabat-sahabat yg lain belum tiba lagi.

Ketika waktu menunjukkan 12 tgh mlm, keadaaa makin sesak dengan Pelajar yg bakal fly berserta dgn keluarga mereka, serta rakan-rakan yg ingin menghantar (seperti kami juga). Semakin sukar nampaknya utk kami mencari mereka. Apa yg menarik, masing2 antara kami berkesempatan berjumpa dgn rakan2 kenalan sekolah lama. Ada yg dari Darul Quran, sekolah rendah dan menengah, kenalan ketika menghadiri mana2 program, dan macam2 lagi. Luasnya dunia ini, namun bila ukhuwwah bertaut, Allah mempertemukan semula.

Rendahkanlah hati kamu, zuhudlah dengan dunia, ikhlaslah dalam bersahabat; insyaALLAH, jalinan persahabatan akan berkekalan

Saya juga sempat bertemu dgn kenalan lama di smkab, Abdullah Fahmi, yg telah berpindah ke SBPI Temerloh. Sempat berbual dgn ayahnya yg pernah belajar di London. Sedikit nasihat diberi, insyaALLAH akan disimpan buat bekalan semangat belajar.

ALLAH Maha Adil. Org yg kurang pandai, ada added value yg ALLAH beri, iaitu mereka boleh belajar dlm tekanan, kerana mereka berjaya dgn usaha yg gigih. Added value ini tiada pada kebanyakan org bijak, kerana mereka telah selesa disebabkan mudah utk berjaya. Jadi, biar pandai mana sekalipun, belajarlah utk menyibukkan diri dgn apa yg berfaedah, moga-moga kita terlatih utk bekerja/belajar dlm tekanan

Kepada sahabat2 yg mungkin kini telah tiba di Jordan atau Mesir; Naif Ammar, Syafiq Syahmi, Khairul Anuar, Amirul Ridzwan, Faiz Mazlan, Abdullah Fahmi, Aizat Naim, Arif Amin dan lain2; teruskan perjuangan menuntut ilmu dan jangan sia-siakan peluang berada di bumi anbiya’. Moga pulang dengan manfaat yg besar utk umat Islam.

Setelah selesai berjumpa dengan semua pelajar kisas dan kenalan lama yg sempat bertemu (Alhamdulillah sempat berjumpa dgn semua muslimin kisas yg nk fly, even ketika saat terakhir sebelum berangkat pulang), kami pun bergerak pulang. Mula-mula risau juga kerana driver sudah mengantuk. Saya pun offer diri utk drive, risau terjadi apa2 yg tak diingini. Tp Amir memberikan keyakinan yg dia boleh drive. So kami pn berangkat pulang. Sampai rumah Amir, semua terus tidur keletihan.

Kembali Menelusuri Haluan

Pagi itu, selepas solat subuh, semua menyambung tidur semula. Letih dan tidak cukup tidur lah katakan. Dalam pukul 9, Amir pn menghantar kami ke KTM Bangi, dan kami pn berpisah. InsyaALLAH, ada rezeki kita bertemu lagi. Saya dan Faris berangkat ke Cheras semula, dan Faris pun mengambil begnya dan berangkat pulang ke Darul Quran.

Sesungguhnya, mereka yang bersahabat semata-mata kerana ALLAH, bakal mendapat naungan di bawah ‘Arasy ALLAH di akhirat kelak, ketika tiada naungan melainkan naungan ALLAH semata-mata. Bersahabatlah kerana ALLAH, saling memperbaiki diri dan sahabat-sahabat moga istiqamah di jalan-Nya.

Maafkan diri ini andai ada kesilapan di mana-mana, serta kekurangan yg menyebabkan saya tiada kekuatan utk menegur kalian. Semoga kita dalam rahmat ALLAH sentiasa. Moga dipertemukan lagi. Ariff Jalal, Akmal Zulkifli, Amir Halim, Aiman Ismail, Shahmi Aqmal, Faris Murtadha dan lain-lain, terima kasih atas pengorbanan kalian untuk pertemuan yg bermakna ini.

top