Bank Yahudi di Malaysia..?





Assalamualaikum..

Penulis telah menerima satu post di wall facebook tentang artikel ini. Baca dan moga bertambah kefahaman, insyaALLAH..

Bank Rothschild Bertapak di Malaysia

Kenyataan Media Pasukan Pengurusan Krisis dan Sokongan Keluarga Misi LL4G Malaysia


GESAAN KEPADA KERAJAAN DAN RAKYAT MALAYSIA MENGUTUK SERANGAN ISRAEL KE ATAS FLOTILA MISI BANTUAN KEMANUSIAAN LL4G KE GAZA
Perkembangan terkini flotilla Lifeline4Gaza;
1. Sebagaimana yang dimaklumi 7 buah kapal yang menyertai konvoi bantuan kemanusiaan antarabangsa ke Gaza sedang belayar menuju ke perairan Gaza melalui Laut Mediterranean. Konvoi ini diketuai oleh sebuah NGO daripada Turki iaitu Insani Yardim Vakfi (IHH). Maklumat terkini ialah kapal induk Mavi Marmara telah diserang oleh angkatan laut Israel. Akibat dari tindakan biadap ini 3 orang sukarelawan telah terkorban dan 30 lagi mengalami cedera parah.
2. Seramai 12 orang sukarelawan bersama-sama petugas media daripada Malaysia turut menyertai konvoi bantuan kemanusiaan ini. Mereka berada di atas kapal “Mavi Marmara”. Penyertaan mereka bersama konvoi ini adalah semata-mata atas dasar kemanusiaan.
3. Semua objektif dan pergerakan konvoi ini adalah berpandukan kepada Resolusi 1860 (2009) yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan undang-undang maritim lain yang berkaitan. Antara lain, Resolusi 1860 menyebut antara lain
a) menyeru kepada penghantaran bantuan kemanusiaan kepada Gaza termasuk makanan, minyak dan kemudahan perubatan,

Satu Pandangan : Penggunaan kalimah ALLAH

Asslamualaikum..

Artikel ini ana ambil daripada blog Akh Azrul Azwan, Presiden BADAR 2007, Kolej Islam Sultan Alam Shah.. Namun disebabkan terlalu panjang, saya hanya mengambil sebahagian sahaja, sebagai intro.. klik link di bawah untuk membaca sepenuhnya.. Harap dapat menambah kefahaman..

Akh Azrul Azwan :

Saya terpanggil untuk memberikan pendapat berkenaan isu hangat yang diperkatakan sekarang iaitu Mahkamah Tinggi telah memutuskan bahawa majalah Herald-The Catholic Weekly berhak menggunakan kalimah Allah sebagai terjemahan kepada perkataan 'God'.

Apa yang saya lihat, isu ini bukanlah sekadar isu penggunaan kalimah ‘Allah’ dalam majalah itu, namun ada implikasi yang lebih besar yang perlu kita fahami di sini. Sebelum saya mengulasnya, saya ingin berkongsi dahulu berkenaan hukum bukan Islam terutamanya Yahudi dan Nasrani menggunakan kalimah Allah dalam agama mereka. ...

Baca seterusnya : Demi Islam Ditegakkan

top